Array


 Nasional   

Remaja perempuan dipukul bapa selepas temui lelaki dalam bilik tidur

pada 12-09-2017 04:09 

Post Pic

 
 
 
KAJANG: Seorang bapa terkejut apabila menemui seorang lelaki yang hanya bertuala di dalam bilik anak perempuannya.
 
Memetik laporan Harian Metro, bapa berkenaan, yang berang kemudiannya terus memukul anak perempuannya yang berusia 16 tahun itu dengan batang kayu mop.
 
Kehadiran orang asing di kediaman mereka dikesan bapa remaja perempuan itu selepas anaknya membuka pintu bilik tingkat atas rumahnya di Batu 9, Cheras.
 
“Remaja (lelaki) berkenaan terus menyembunyikan diri dalam selimut manakala bapanya yang berang memukul anaknya itu menggunakan batang kayu mob,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir.
 
Terdahulu bapa remaja perempuan itu memasuki rumah melalui pintu belakang kerana ketukan pintu dan panggilan telefon tidak berjawab ketika tiba di rumah jam 12 tengah hari Selasa lalu.
 
Ahmad Dzaffir berkata suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
 
 
-ai-
 



Ruangan Komen