Array


 Nasional   

CEO 'gatal' ditahan polis

pada 12-09-2017 05:09 

Post Pic

 
 
SUBANG JAYA: Polis menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat selepas didakwa mencabul seorang jururawat ketika mendapatkan rawatan, Jumaat lalu.
 
Kejadian berlaku di sebuah hospital swasta dan suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya hari ini.
 
"Suspek berusia 58 tahun dipercayai mencabul jururawat berkenaan ketika menerima rawatan di hospital swasta Jumaat lalu.
 
"Polis sudah merampas kamera litar tertutup (cctv) di hospital berkenaan bagi membantu siasatan," demikian menurut sumber.
 
Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
 
Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
 
 
-ai-



Ruangan Komen