Array


 Nasional   

Kerajaan nafi tuduhan Malaysia dijajah China

pada 12-09-2017 05:09 

Post Pic

 
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan menyelar tuduhan sesetengah pihak kononnya Malaysia bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) dari China.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong lai menegaskan Malaysia tidak dijajah kuasa China menerusi aktiviti pelaburan itu.
 
Beliau juga menekankan bahawa pelaburan China bukan yang terbesar di negara ini.
 
"Di Malaysia, China bukan nombor 1. Ia berada di belakang negara lain. Kita ada (pelaburan) Jepun, Amerika Syarikat malah negara Asean.
 
“Sesetengah pihak menuduh Malaysia dijajah China menerusi FDI, ini tidak benar. Ini manipulasi politik,” kata presiden MCA itu kepada pemberita, hari ini.
 
 
-ai-



Ruangan Komen