Array


 Nasional   

RCI: Dr Mahathir beri keterangan Isnin ini

pada 12-09-2017 06:09 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dipanggil untuk memberikan keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia semasa beliau jadi perdana menteri.
 
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dijadual memberikan keterangannya pada 11 pagi Isnin ini.
 
Dengan kehadirannya itu, Dr Mahathir kemungkinan akan menjadi saksi ke-23 dipanggil memberikan keterangan mengenai kerugian berbilion ringgit yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) antara 1988 hingga 1994 itu.
 
Peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla bagaimanapun berkata Dr Mahathir mahu merakamkan kenyataannya sebelum hadir ke suruhanjaya itu.
 
“Semua 20 saksi sebelum ini diberi kebenaran menyediakan keterangan bertulis. Kami mahu mereka memberikan kebenaran yang sama kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,” kata Haniff dipetik The Malaysian Insight.
 
Khamis lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memberikan keterangannya selaku saksi ke-21 di hadapan suruhanjaya itu.
 
Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara adalah menteri kewangan pada 1991 hingga 1998, ketika skandal kerugian itu berlaku manakala Dr Mahathir adalah perdana menterinya.
 
Anwar dan Dr Mahathir sebelum ini cuba menggugurkan pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan atas alasan siasatan itu akan menjadi berat sebelah memandangkan Sidek antara individu yang mencadangkan prosiding itu diwujudkan.
 
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Dr Mahathir atas alasan prosiding itu membabitkan kepentingan umum. 
 
 
-sh-


Tags : Dr Mahathir RCI Bank Negara


Ruangan Komen