Array


 Dunia   

Sekutu AS sokong resolusi PBB

pada 13-09-2017 08:09 

Post Pic

SEOUL: Sekutu utama Amerika Syarikat (AS) di Asia, sebulat suara menyokong resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memperketatkan sekatan ke atas Korea Utara.
 
Korea Utara kini berdepan sekatan ke atas eksport tekstil dan bekalan minyak selepas melancarkan ujian nuklear keenamnya, baru-baru ini.
 
Korea Utara terang-terangan menolak resolusi itu, mengatakan Amerika Syarikat 'terdesak' untuk melancarkan konfrontasi dan akan berdepan 'kekalahan paling teruk' pernah dialami selama ini.
 
Jepun dan Korea Selatan berkata, mereka bersedia untuk mengenakan lebih tekanan kepada Korea Utara jika negara itu enggan menghentikan pembangunan agresif senjata nuklear dan peluru berpandu balistiknya.
 
Keputusan Isnin lalu adalah resolusi sekatan kesembilan yang diterima pakai semua 15 anggota Majlis Keselamatan sejak 2006 ke atas program peluru berpandu balistik dan nuklear Korea Utara.
 
Draf awal AS yang lebih tegas terpaksa dilonggarkan untuk memenangi sokongan China dan Russia, rakan sekutu dan rakan dagang utama Pyongyang.
 
"Kami berasa tidak selesa untuk memperketatkan lagi sekatan hari ini. Kami tidak mahu mencetuskan peperangan.
 
"Rejim Korea Utara masih belum melampaui batas. Sekiranya ia bersetuju untuk menghentikan program nuklearnya, masa depannya masih terjamin.
 
"Jika Korea Utara meneruskan tindakan berbahaya itu, kami akan meneruskan tekanan selanjutnya," kata Duta AS ke PBB, Nikki Haley, kepada majlis itu selepas undian.
 
Kata Haley, rundingan resolusi itu juga berjaya berikutan 'hubungan erat' antara Presiden Donald Trump dan Presiden China, Xi Jinping.



Ruangan Komen