Array


 Nasional   

Peruntukan RM 10 juta baik pulih pangsapuri kos rendah - Noh

pada 13-09-2017 10:09 

Post Pic

 
 
PETALING JAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam mengumumkan peruntukan kira-kira RM10 juta bagi membaik pulih kemudahan di pangsapuri kos rendah PKNS Taman Datuk Harun dan Desa Perangsang di Petaling Jaya.
 
Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata kerja membaik pulih itu akan dilaksanakan sendiri oleh kementeriannya dalam waktu terdekat bagi memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di kedua-dua pangsapuri berkenaan.
 
Beliau berkata peruntukan tersebut akan digunakan antaranya untuk menggantikan tangki air dan bumbung, menaik taraf longkang, pagar dan membaik pulih surau serta membina gelanggang futsal yang juga boleh digunakan sebagai dewan serba guna.
 
"Ini tanggungjawab kementerian untuk pastikan keselesaan golongan berpendapatan rendah yang mendiami pangsapuri lama terutamanya di bandar, nak mengharapkan kutipan badan pengurusan bersama mereka tidak mampu," katanya.
 
Dalam pada itu, Noh yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Selangor meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memberi kerjasama dalam setiap projek yang dibangunkan kerajaan pusat.
 
Ini kerana katanya projek yang dijanjikan kerajaan pusat memerlukan kelulusan PBT sebelum dapat dilaksanakan dan adakala mengambil masa yang lama.
 
"Saya minta PBT bagi kerjasama supaya projek mengenai rakyat ini jangan dipolitikkan," katanya.
 
 
-sh-


Tags : pangsapuri kos rendah Noh


Ruangan Komen