Array


 Nasional   

1MDB: Pembangkang gembar-gembur untuk jatuhkan kerajaan, kata Najib

pada 13-09-2017 11:09 

Post Pic

 
 
WASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu ketua sektor industri di Amerika Syarikat (AS) dan ASEAN bahawa terdapat kempen yang digerakkan pihak tertentu untuk mensabotaj 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menjatuhkan kerajaan.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Majlis Perniagaan AS-ASEAN dan Dewan Perdagangan AS di Hotel St Regis di sini.
 
"Saya tahu anda ada mendengar cerita kurang positif mengenai ekonomi Malaysia, khususnya 1MDB," katanya sambil menambah, kerajaan Malaysia mengarahkan siasatan mengenainya segera dilaksanakan.
 
"Kita tidak menyembunyikan isu itu, sebaliknya mengarahkan siasatan terhadap syarikat berkenaan. Apabila kita mengesan lebih jelas ada yang tidak kena, saya mengarahkan proses rasionalisasi.
 
"Tindakan ini berjalan lancar membabitkan banyak aset yang sebelum ini dimiliki oleh 1MDB," katanya lagi.
 
Najib menambah, isu berkenaan digembar-gemburkan pihak pembangkang bertujuan menjatuhkan keranaa dalam pilihan raya.
 
Realiti sebenar kata Najib, adalah sebagaimana yang digambarkan seorang pakar ekonomi, Bruce Gale.
 
"Realitinya seperti tulisan pakar ekonomi, Bruce Gale, ialah ekonomi Malaysia terus tumbuh melebihi kadar purata antarabangsa.
 
"Ekonomi kita berkembang 5.8 peratus pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu dan pelaburan meningkat 7.4 peratus.
 
"Angka terkini juga menunjukkan inflasi di bawah kawalan dengan Indeks Harga Pengguna melonjak 3.2 peratus pada Julai," katanya.
 
Satu pasukan penyiasat khas yang terdiri daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Pejabat Peguam Negara ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB, susulan pendedahan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.
 
Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata kemasukan AS$681 juta pada 2013 itu, datang daripada keluarga diraja Arab Saudi dan tiada kesalahan di pihak Najib.
 
 
 
-sh-


Tags : 1MDB Najib


Ruangan Komen