Array


 Nasional   

Rebah diserang sakit jantung ketika solat subuh di masjid

pada 13-09-2017 11:09 

Post Pic

SUNGAI PETANI: Seorang warga emas Mansor Bidon, 72, dari Kampung Baru dekat sini meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menunaikan solat Subuh di Masjid Muhibuddin Sungai Pasir, pagi tadi.
 
Mansor dikatakan rebah ketika imam masjid itu, Ali Ahmad bersama jemaah lain menunaikan solat kira-kira pukul 6 pagi.
 
Anak lelakinya, Mahizaar Mansor, 41, berkata, dia begitu terkejut bila mengetahui bapanya meninggal dunia dalam kawasan masjid berkenaan.
 
"Sebaik mengetahui bapa jatuh di situ, saya terus bergegas ke masjid dan mendapati dia pun meninggal dunia," katanya dipetik akhbar Utusan.
 
Seorang jemaah, Rosedi Ismail, 57, berkata, dia sempat bersembang dengan Mansor sebelum sembahyang subuh bersama jemaah yang lain.
 
"Sebaik sahaja jemaah selesai sahaja solat, kami lihat Mansor rebah.
 
"Ramai yang terkejut bila melihatnya dan ramai jemaah mengangkatnya dan letak di satu tempat sebelum urusan pengkebumian dilakukan kira-kira pukul 11 pagi ini," katanya.
 
 
 



Ruangan Komen