Array


 Nasional   

Pitam tiba-tiba, kereta warga emas rempuh kedai stesen minyak

pada 13-09-2017 11:09 

Post Pic

 
JOHOR BAHRU: Premis kedai di sebuah stesen minyak di Jalan Padi Ria mengalami kerosakan selepas dirempuh kereta yang dipandu seorang warga emas semalam.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 71 tahun itu dikatakan baru selesai mengisi minyak di stesen berkenaan tetapi pitam secara tiba-tiba, menyebabkan keretanya merempuh dinding kaca premis terbabit.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata kenderaan dipandu lelaki itu hanya terhenti selepas merempuh beberapa rak jualan.
 
"Kenderaan dipandunya bergesel dengan motosikal yang sedang mengisi minyak, selain sebuah Perodua Kancil yang bergerak keluar dari stesen berkenaan.
 
"Kemalangan tidak membabitkan kecederaan, hanya kerosakan kenderaan dan premis kedai," katanya dalam kenyataan di sini.
 
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
 



Ruangan Komen