Array


 Nasional   

Rakyat Malaysia terlibat dalam pelanggaran kapal di Singapura

pada 13-09-2017 12:09 

Post Pic

 
SINGAPURA: Seorang rakyat Malaysia adalah antara 12 anak kapal korek JBB DE RONG 19 yang berlanggar dengan sebuah kapal tangki di perairan Singapura kira-kira 1.7 batu nautika barat daya Sisters Island.
 
Kapal korek itu didaftar di Republik Dominika manakala kapal tangki berkenaan didaftar di Indonesia KARTIKA SEGARA.
 
Pelanggaran menyebabkan kapal korek itu separuh tenggelam.
 
Pihak berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) yang dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira 12.40 tengah malam berkata 11 lagi anak kapal itu merupakan warga China.
 
Menurut MPA, tujuh daripada anak kapal telah dibawa untuk rawatan di Hospital Umum Singapura sementara lima lagi tidak dapat dikesan.
 
Agensi itu juga berkata 26 orang anak kapal Kartika Segara tidak mengalami sebarang kecederaan.
 
Kejadian dilapor berlaku ketika kapal korek itu sedang berlepas dari laluan barat sementara kapal tangki itu sedang menuju laluan timur.


Tags : Singapura Sisters Island


Ruangan Komen