Array


 Nasional   

SPRM masih tunggu Selangor tandatangan Ikrar Bebas Rasuah

pada 13-09-2017 01:09 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Kesediaan kerajaan negeri Selangor pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditunggu-tunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
 
Hal itu dinyatakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dengan berkata setakat ini, semua negeri sudah melafazkan dan menandatangani ikrar tersebut kecuali Selangor.
 
Ikrar itu penting supaya pihak kerajaan yang mentadbir negeri menjalankan tanggungjawabnya tanpa wujudnya amalan rasuah dan salah guna kuasa.
 
“Kita masih menunggu bila mereka nak nyatakan sama ada nak buat atau tidak IBR.
 
“Saya yakin sehingga akhir tahun ini agensi kerajaan dan badan berkanun, pihak kementerian keseluruhannya akan mengadakan IBR,” katanya selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) hari ini.
 
Dalam perkembangan berlainan Dzulkifli berkata kadar rasuah mencatatkan penurunan dan berkata tindakan agresif SPRM akan diteruskan.
 
“Kita tidak akan berhenti. Hari ini ada lagi tangkapan, esok akan ada tangkapan. Kita tunggu sahaja,” katanya.
 
 
-ai-


Tags : SPRM Selangor


Ruangan Komen