Array


 Nasional   

Halimah catat sejarah Presiden Singapura wanita pertama

pada 13-09-2017 03:09 

Post Pic

 
 
SINGAPURA: Bekas Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob, dilantik secara rasmi sebagai presiden wanita pertama republik itu hari ini.
 
Halimah, 63, satu-satunya calon yang layak bertanding, demikian umum pegawai pilihan raya.
 
Pada pemilihan kali ini, jawatan presiden diperuntukkan untuk calon kaum Melayu.
 
"Walaupun ini adalah pilihan raya tidak rasmi, saya presiden rasmi. Saya presiden untuk semua orang," kata Halimah dalam ucapan di pejabat jabatan pilihan raya.
 
Beliau mensasarkan untuk mengukuhkan keharmonian di republik pelbagai budaya itu.
 
Pengalaman Halimah sebagai Speaker parlimen secara automatik melayakkan beliau menurut undang-undang pencalonan.
 
Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) menerima lima permohonan tetapi hanya satu Sijil Kelayakan dikeluarkan, kata jawatankuasa itu dalam kenyataannya awal minggu ini.
 
PEC berkata, tiga daripada lima pemohon, termasuk Halimah, mengisytiharkan mereka adalah anggota masyarakat Melayu.
 
Dua pemohon selain Halimah adalah Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, dan pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan, namun PEC menolak permohonan kedua-duanya.  
 
Halimah mencatat sejarah sebagai orang Melayu kedua diangkat sebagai presiden selepas Yusuf Ishak (1965 - 1970), yang merupakan presiden pertama republik.
 
 
-sh-


Tags : Halimah Presiden Singapura


Ruangan Komen