Array


 Nasional   

Ramai calon wanita dalam PRU14 - Shahrizat

pada 13-09-2017 04:09 

Post Pic

 
 
SABAK BERNAM: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memberi jaminan beberapa nama wanita akan disenaraikan sebagai calon di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
Katanya ia merupakan strategi merampas kembali negeri itu yang ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).
 
Shahrizat menambah wanita mempunyai strategi dan peratusan sendiri bagi memastikan misi tersebut terlaksana.
 
"Buat masa ini, kita mempunyai dua calon sahaja sebagai wakil wanita. Bagaimanapun, apa yang lebih mustahak adalah menentukan wakil wanita mesti ada pada pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang akhbar dalam Kembara Ibu Terbaik Bangsa PRU-14 (KITA-14) di sini hari ini.
 
Selain Shahrizat turut hadir adalah Ketua Wanita UMNO Selangor, Datuk Nur Hayati Onn; Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Habibah Mohd.Yusof dan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
 
 
-ai-


Tags : PRU14 calon Shahrizat


Ruangan Komen