Array


 Nasional   

Bertembung dengan lori, pemandu kereta maut kepala digilis

pada 13-09-2017 04:09 

Post Pic

 
 
PUCHONG: Seorang lelaki maut akibat cedera parah di kepala dipercayai digilis kenderaan lain selepas kereta yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya, awal pagi tadi.
 
Mangsa, Lim Ji Qin, 28 tahun meninggal di tempat kejadian manakala rakannya, Tan Zi Xuan, 27 kini dirawat di hospital kerana mengalami cedera parah.
 
Kereta yang dipandu Lim bertembung dengan sebuah lori pada jam 6.40 pagi tadi.
 
Nahas tersebut berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong.
 
Dipercayai kereta yang dinaiki dua sahabat itu datang dari arah Petaling Jaya ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh lori tersebut, menyebabkan bahagian bumbung kereta itu tertanggal.
 
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang menerima panggilan pada jam 6.44 pagi sempat memadam kebakaran kecil di bahagian enjin kereta.
 
“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit Lim disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Tan parah,” kata penolong pengarah operasinya, Mohd Sani Harul. 
 
Sani memaklumkan pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
 
 
-ai-


Tags : Kemalangan LDP


Ruangan Komen