Array


 Nasional   

Padah hina Almarhum Sultan Abdul Halim

pada 13-09-2017 05:09 

Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap Almarhum Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah.
 
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata suspek berusia 21 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Genting Highlands, Pahang pada jam 12.27 tengah malam tadi.
 
Polis turut merampas seunit telefon bimbit jenama Apple model iPhone 7 Plus dan seunit laptop MSI Gaming G Series, katanya. 
 
"Selepas menerima laporan mengenai komen berbentuk penghinaan terhadap kemangkatan Sultan Abdul Halim, siasatan dijalankan oleh JSJK Bukit Aman.
 
"Hasil siasatan, suspek ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Balai Polis Genting serta direman dua hari bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Acryl Sani berkata, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi individu yang turut memuat naik komen berunsur penghinaan terhadap kemangkatan Almarhum Sultan Kedah.
 
"Untuk kedua-dua kes, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
 
 
-sh-


Tags : Sultan Abdul Halim


Ruangan Komen