Array


 Nasional   

Harga petrol, diesel terus naik sejak 11 minggu lalu

pada 13-09-2017 06:09 

Post Pic

 
 
SHAH ALAM: Harga runcit mingguan bagi petrol terus menunjukkan trend menaik sejak 11 minggu lalu.
 
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga bahan bakar itu di laman Twitter sebentar tadi.
 
Bagi tempoh 14 September hingga 20 September, harga bagi RON95 dan RON97 masing-masing akan meningkat sebanyak 1 sen dan 4 sen.  
 
Harga baru bagi RON95 ialah RM2.21 seliter (daripada RM2.20), manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.52 seliter (daripada RM2.48).
 
Harga diesel turut mencatat peningkatan apabila naik 9 sen. 
 
Harga baru bahan bakar itu kini RM2.14 seliter (daripada RM 2.05). 
 
 
-sh-


Tags : petrol diesel


Ruangan Komen