ISTIMEWA



 Nasional   

Akaun 1MDB: DAP dakwa kesimpulan PAC tidak adil

pada 28-06-2012 04:06 Ditulis Oleh Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Post Pic

 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) membuat kesimpulan tidak adil apabila menyatakan bahawa akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB) adalah sihat dan seimbang, dakwa Tony Pua.

Ini kerana menurut beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAC mendakwa keuntungan 1MDB tahun lalu bergantung kepada penilaian semula tanah dan lain-lain pinjaman berjumlah RM2 juta.

“Tapi apa yang saya persoalkan ialah keuntungan datang daripada penilaian semula sekeping tanah yang ada di 1MDB.

“Sekeping tanah ini boleh dilihat ‘pelaburan hartanah’. Dia beli dengan harga RM194 juta tetapi dinilai semula pada harga RM1 bilion, iaitu peningkatan sebanyak RM826 juta ringgit, jadi kita lihat di sini keuntungan datang daripada penilaian sekeping tanah ini dan bukannya datang daripada aktiviti-aktiviti lain,” katanya kepada media tadi di Parlimen, hari ini.

Justeru Pua bersama ahli-ahli PAC Pakatan Rakyat lain mendesak satu siasatan berterusan dilakukan ke atas dana yang diperuntukkan kepada agensi kerajaan itu dalam menjalankan pelaburan strategik itu.

Pua berkata aliran tunai 1MDB untuk tahun akhir 31 Mac 2011 menunjukkan bahawa rekod yang seimbang kepada pinjaman RM2,050,000.

Tanpa pinjaman ini, aliran tunai akan menjadi negatif, yang menyebabkan kerugian bagi tahun kewangan 2011.

Rententan itu, beliau mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan semula akaun penilaian semula tersebut.

“Kita hendak tanya pada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), bagaiana dalam masa satu tahun sahaja, 1MDB membeli tanah ini pada tahun 2011, berlaku peningkatan nilai RM826 juta dan jawapan yang diberikan tidak menjawab soalan saya.

“Mereka kata mereka hanya dapat untung RM544 juta,” katanya.

Untuk rekod, PAC mula melakukan siasatan ke atas fungsi-fungsi dan aktiviti 1MBD November lalu.

Selepas berehat kira-kira lima bulan, jawatankuasa parlimen meneruskan siasatan semalam.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi berkata pejabat Ketua Audit Negara juga telah diminta untuk melihat kewangan syarikat tersebut.

Katanya, hanya satu dokumen - aliran tunai - daripada tujuh berjaya diperolehi oleh jawatankuasa itu semalam.

Enam dokumen yang lain adalah mengenai tawaran 1MDB dengan PetroSaudi International Limited.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meminta PAC untuk menyiasat pelaburan selepas Najib mengumumkan bahawa 1MDB telah memeterai perjanjian RM3.5 bilion dengan PetroSaudi.

PetroSaudi kemudian menjual pegangan sahamnya kembali ke 1MDB untuk RM4.1 bilion, mencatatkan keuntungan RM615 juta.

Azmi bagaimanapun semalam berkata bahawa ia akan diputuskan pada satu tarikh kemudian untuk membincangkannya dengan lebih lanjut perkara tersebut.


Ruangan Komen