ISTIMEWA



 Nasional   

Wan Azizah enggan ulas isu Faekah

pada 29-06-2012 02:06 Ditulis Oleh Ahmad Aidil Syukri

Post Pic

 

PETALING JAYA: Datuk Seri Wan Azizah Ismail hari ini dilihat cuba mengelak daripada menjawab soalan yang diajukan wartawan berhubung isu membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Ketika ditanya, Wan Azizah menjelaskan ianya bukan perkara yang perlu diberi perhatian serius sebaliknya, menumpukan kepada isu lain yang lebih penting.

Selain itu, beliau turut mendakwa perkara tersebut telah diselesaikan oleh Menteri Besar sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Ianya hal dalaman parti dan saya rasa Menteri Besar sudah menjawab bagi Faekah," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR.

Beliau selain itu turut menafikan Faekah merupakan punca yang mendorong Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Ekonomi negeri Selangor.

Sambil menyifatkan "masalah" sering timbul dalam mana-mana organisasi, Wan Azizah turut menafikan isu tersebut akan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat untuk mempertahankan negeri Selangor.

"I don't think so (saya tak fikir begitu - menjejaskan Pakatan di Selangor). Masalah sering timbul di dalam mana-mana pentadbiran. Cara untuk mengatasinya adalah penting dan saya rasa Menteri Besar telah melakukannya," katanya.

AntaraPos.com sebelum itu cuba mendapatkan jawapan mengenai dakwaan desakan segelintir Exco negeri itu agar Faekah meletak jawatan, namun Wan Azizah enggan menjawab.


Ruangan Komen