Array


 Nasional   

PH boleh cuba nasib anjur himpunan lagi tapi jangan pakai 'merah' - Jamal Yunos [TONTON VIDEO]

pada 16-10-2017 01:10 
Oleh Ainor Rahim

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) boleh mencuba nasib sekali lagi dengan menganjurkan himpunan yang sama diadakan pada Sabtu lalu, kata pemimpin kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
 
Beliau berkata demikian berikutan terlalu banyak alasan yang diberikan pemimpin PH apabila "Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi" gagal mencapai sasaran 100,000 peserta.
 
“Macam saya kata, kegagalan mereka di Padang Timur bukan kerana PAS dan sebagainya tapi imej yang mereka bawa itu ke arah (dibayangi) Umno, macam baju merah.
 
“Kajian yang kami buat, penyokong PH ini sebati dengan baju kuning. Jadi mereka boleh cuba sekali lagi bagi orang ramai datang tapi jangan tukar identiti,” katanya selepas pelancaran Restoran Gabungan NGO 1Malaysia, di Jalan Pahang di sini hari ini.
 
Ditanya mengapa tidak hadir ke himpunan berkenaan, Jamal secara berseloroh berkata beliau tidak mahu memeriahkan himpunan berkenaan. 
 
“Dari 4,000 orang, kalau saya datang jadi 4,001 orang. Jadi kenapa nak meramaikan. Kalau saya tak datang jadi jumlah dia berkurang,” ujarnya. 
 
Himpunan berkenaan dianjurkan PH Sabtu lalu, hambar dengan hanya 10 peratus sahaja daripada jumlah sasaran yang hadir.
 
Penganjur sebelum ini dalam beberapa sidang media menyatakan keyakinan bahawa himpunan itu mampu mengumpulkan 100,000 peserta dan ternyata ia meleset sama sekali.
 
Ada yang mengaitkan kegagalan himpunan berkenaan berikutan ketiadaan penyertaan dan sokongan PAS seperti himpunan anjuran pembangkang terdahulu. 
 
Malah, beberapa penganalisis politik turut berpendapat bahawa himpunan yang julung kalinya dianjurkan pakatan pembangkang selepas tertubuhnya PH sebagai penanda aras sokongan mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. 
 
Bagaimanapun, beberapa pemimpin PH tampil menepis dakwaan berkenaan termasuk Naib Presidennya Salahuddin Ayub yang dilaporkan berkata himpunan tersebut dianggap berjaya ekoran menyaksikan kehadiran masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama di Padang Timur.
 
Beliau turut memberi alasan ianya gagal memenuhi sasaran 100,000 orang berikutan ramai orang pulang ke kampung kerana musim cuti sekolah. 
 
-na-


Tags : PH himpunan identiti Jamal


Ruangan Komen