ISTIMEWA



 Nasional   

MCA: YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini?

pada 02-07-2012 06:07 Ditulis Oleh Maulana Malik Ibrahim

Post Pic

 

MELAKA: Tindakan wakil rakyat MCA, Datuk Gan Tian Loo membangkitkan tuduhan yang mengaitkan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan seorang wanita pada hari pertama sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini, menimbulkan suasana tegang.

Kekecohan berlaku apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu, mendesak ADUN Kota Laksamana, Betty Chew yang juga adalah isteri kepada Lim Guan Eng agar menjawab tuduhan berkenaan.

Soalan tersebut mengundang rasa tidak puas hati beberapa wakil dari DAP yang cuba membantah mengenai isu berkenaan walhal usul yang dibincangkan melibatkan bantahan terhadap penganjuran BERSIH 3.0 pada April lalu.

Gan yang bertanyakan soalan itu ingin mendapatkan kepastian daripada Betty sekiranya beliau mengenali wanita berkenaan yang dikatakan pernah bekerja di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

"Saya perlu tanya perkara ini sebab ramai orang tanya saya dan suruh saya bawa dalam dewan ini, adakah YB Kota Laksamana kenal tak perempuan ini.

"Saya percaya ramai nak tahu perkara ini termasuk mereka dari DAP sendiri sebab banyak di blog-blog tempatan memaparkan isu ini," katanya pada sidang hari ini.

Betty yang ditemui media sejurus selepas kekecohan itu walau bagaimanapun enggan mengulaskan isu yang dikaitkan dengan suaminya.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai hal ini, setakat ini saya tidak tahu apa-apa kes ini, tetapi kalau pemberita nak tahu suruhlah YB yang membangkitkan isu ini menjelaskannya," katanya.

Sehubungan dengan itu, Betty mencabar Gan agar membuat kenyataan media secara terbuka mengenai hal berkenaan.


Ruangan Komen