ISTIMEWA



 Nasional   

Exco akui PKNS lembab sediakan rumah kos rendah

pada 02-07-2012 06:07 Ditulis Oleh Siti Sofia Md Nasir

Post Pic

 

SUBANG JAYA: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor, Iskandar Samad menuding jari kearah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai punca masih ramai rakyat tidak mampu memiliki rumah di negeri itu.

Beliau berkata faktor tersebut ekoran rancangan pembangunan PKNS yang disifatkan sebagai terlalu lembab berkait aspek menguruskan pembinaan rumah kos rendah dan rumah mampu milik di Selangor.

"Ada cadangan, kerajaan sepatutnya menerajui pembinaan seperti mana PKNS menerajui rumah mampu milik. Dan saya akui PKNS terlampau perlahan dalam membina rumah mampu milik mereka.

"Kita ada banyak kawasan dan rekabentuk yang sudah siap, tapi belum mula sebab ada yang sedang mendapatkan kebenaran merancang dan tender. Perlu dicepatkan," katanya ketika ditemui di Majlis Dialog Bajet 2013 Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rumusan terakhir pembentangan yang bertajuk 'Rumah Kos Rendah Vs Rumah Mampu Milik: Ke Arah Memenuhi Kehendak dan Keperluan Rakyat atau Pasaran?'

Turut hadir wakil-wakil pemaju, wakil-wakil badan kerajaan dan wakil-wakil NGO.

Sehubungan dengan itu katanya, kerajaan Selangor akan mempertimbangkan cadangan yang diusulkan oleh pemaju dan wakil NGO dalam menyelesaikan masalah pemilikan rumah di negeri itu.


Ruangan Komen