ISTIMEWA



 Nasional   

Unisel tolak dakwaan hadapi masalah kewangan

pada 02-07-2012 08:07 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

Post Pic

 

SUBANG JAYA: Universiti Industri Selangor (Unisel) tidak mengalami sebarang masalah kewangan seperti yang didakwa, menurut Naib Canselor Profesor Dr Anuar Ahmad.

Katanya, universiti milik kerajaan negeri itu mempunyai akaun yang stabil malah mencatatkan keuntungan.

"Tidak betul sama sekali. Kalau dalam perakaunan biasa, kita ada kos defisit semua, dan bila kita tolak yang itu, kita stabil. Telah mencapai keuntungan," kata beliau di Majlis Dialog Bajet Selangor 2013 "Selangor Peneraju Ekonomi Negara" di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, hutang yang ditanggung oleh Unisel berjumlah RM246juta telah dilangsaikan dengan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri.

Malah, beliau berkata ia dibuktikan melalui penyediaan kos yuran pengajian yang lebih rendah berbanding institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) lain di negara ini.

"Tiada nazak. Sebenarnya kerugian yang kita alami itu adalah hutang lama. Hutang tertunggak. Satu bon yang dibuat kerajaan lama, RM150 juta dengan faedahnya menjadi RM246 juta."

Sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab dakwaan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang mendesak supaya Menteri Besar itu mendedahkan kewangan Unisel secara terperinci termasuk jumlah tunai dan hutang Universiti tersebut.

Dalam responnya Khalid berkata akan mendedahkan kepada umum tentang kedudukan akaun Unisel yang telah diaudit, bulan hadapan.


Ruangan Komen