ISTIMEWA



 Nasional   

PAS Johor: Tak semestinya Salahuddin jadi MB

pada 03-07-2012 12:07 Ditulis Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Post Pic

SHAH ALAM: PAS Johor menegaskan Naib Presiden parti itu Salahuddin Ayub tidak semestinya akan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) daripada Umno-Barisan Nasional (BN).

"Kita dari PAS tidak memutuskan siapa jadi Menteri Besar, maknanya selepas menang baru akan tentukan siapa yang sesuai. Kalau awal-awal dah tentukan Salahuddin tentu beliau akan diserang dan kalau beliau kalah macam mana?

"Sebab itu kita belum tentukan (siapa Menteri Besar), mungkin orang lain tapi kehadiran Salahuddin beri impak yang besar," kata Ketua Penerangan PAS Johor Suhaizan Kaiat kepada AntaraPos.com.

Beliau menambah kemungkinan Pakatan akan memilih calon lain sekiranya ada.

"Tidak semestinya Salahuddin, nanti kita lihat siapa yang sesuai jadi Menteri Besar.

"Contoh logik, kemungkinan besar Salahuddin akan bertanding di dua kerusi...dan kalau beliau menang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), mungkin beliau akan ditawarkan jawatan di peringkat pusat," katanya.

Awal tahun ini Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata Salahuddin akan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu menguasai negeri tersebut pada PRU13.

Dr Mahfodz berkata ‘tuan punya badan’ juga telah memberi lampu hijau bersetuju untuk memikul tanggungjawab tersebut.

Namun  Salahuddin berkata bukan jawatan Menteri Besar yang menjadi matlamat sebaliknya kemenangan dan kecemerlangan parti diutamakan.

Salahuddin merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kelmarin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pencalonan Salahuddin di kerusi DUN Johor bukan bertujuan untuk merebut calon sebagai Menteri Besar.

Beliau sebaliknya berkata pencalonan mana-mana pemimpin daripada parti di negeri Johor Umno-BN.


Ruangan Komen