ISTIMEWA



 Nasional   

MCA cabar kjaan S'gor dedah penyelewengan RM1b

pada 03-07-2012 02:07 Ditulis Oleh Ahmad Aidil Syukri

Post Pic

KUALA LUMPUR: MCA mencabar kerajaan Selangor menjelaskan urusniaga meragukan berjumlah RM1 bilion dengan Talam Corporation, sebuah syarikat awam yang dilanda masalah hutang.

Ketua Biro Muda Profesional MCA Datuk Chua Tee Yong berkata kerajaan Selangor bukan sahaja gagal mengutip hutang sebanyak RM392 juta daripada Talam, malah ia membeli aset bernilai RM284 juta daripada syarikat berkenaan.

“Kerajaan Pakatan Rakyat juga sebelum itu memberikan geran berjumlah RM392 juta kepada Talam. Ia mestilah menjelaskan kepada rakyat urusan pembelian aset bernilai RM676 juta dan penggunaan geran RM392 juta yang menimbulkan urusniaga meragukan berjumlah RM1 bilion,” katanya pada sidang media di Wima MCA di sini.

Talam berhutang sebanyak RM277 juta kepada Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Ia juga berhutang sebanyak RM115 juta dengan Kumpulan Hartanah Sdn Bhd (KHSB), anak syarikat SAP Holding.

Beliau berkata kerajaan negeri mendakwa Talam sudah melangsaikan semua hutangnya tetapi KHSB di dalam laporan tahunannya mencatatkan hutang berkenaan masih belum dibayar.

Chua mencabar Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya mendedahkan semua transaksi jika benar Pakatan Rakyat mendakwa ia mengamalkan tadbir urus yang baik dan telus.


Ruangan Komen