ISTIMEWA



 Nasional   

Alasan penghakiman penuh kes liwat II siap

pada 03-07-2012 04:07 

Post Pic

 

KUALA LUMPUR:  Alasan penghakiman penuh kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan telah diserahkan kepada pihak pendakwaan dan pembelaan petang semalam.

Dalam penghakiman bertulis 80 muka surat itu,  Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah  berkata, adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat itu kerana itu ia tidak boleh menyokong bukti yang dinyatakan oleh pengadu Mohd Saiful.

Menurut Hakim Mohamad Zabidin, yang tinggal pada mahkamah ialah keterangan Saiful untuk membuktikan berlaku tembusan tersebut. Sebagai kesalahan seksual, katanya, mahkamah sentiasa enggan mensabitkan tertuduh semata-mata berdasarkan keterangan pengadu yang tidak disokong.

Oleh itu, tertuduh dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu.

Seramai 27 saksi pendakwaan dan tujuh saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut

Sementara itu, Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara, Datuk Kamaludin Md Said, berkata pihaknya mempunyai tempoh 10 hari untuk memfailkan petisyen rayuan mulai semalam.

Menurut beliau, alasan penghakiman penuh dan rekod rayuan tersebut diterima petang semalam dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Ruangan Komen