ISTIMEWA



 Nasional   

Rafizi: Projek MRT akan lonjak hingga RM100b

pada 03-07-2012 06:07 Ditulis Oleh Farah Eliana Adnand & Katherina Su Yen

Post Pic


PETALING JAYA: Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa kos projek MyRapid Transit (MRT) mungkin mencecah sehingga RM100 bilion, iaitu hampir tiga kali ganda daripada anggaran kos awal.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini, Rafizi mendakwa bahawa beliau mendapat maklumat berkenaan daripada individu tertentu yang berkhidmat dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

"Saya telah dengar daripada orang dalaman Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) bahawa jumlah sekarang mencecah RM100 bilion. Jika ini tidak benar, sila tampil dan jelaskan apakah kos anggaran bagi projek MRT ini.

"Saya difahamkan angka awal adalah sekitar  RM37 bilion dan ia kemudian menjadi RM50 bilion hingga RM60 bilion," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai bukti bagi menyokong dakwaannya itu, Rafizi  menjawap beliau tidak akan menunggu pengumuman rasmi bagi projek-projek seperti ini.

"Saya lebih rela jadi budak jahat. Saya mahu mereka mereka mempertahankan diri. Buktikan kepada kami, ia bukan seperti yang didakwa kerana ini kepentingan awam dan kita mahu harga (projek MRT) ini dikawal," katanya lagi.


Ruangan Komen