Array


 Dunia   

12 nelayan laut dalam Korea Utara hilang

pada 17-11-2017 08:11 

Post Pic

 
TOKYO: Pengawal pantai Jepun hari ini berkata pihaknya sedang mencari 12 orang nelayan Korea Utara yang dilaporkan hilang selepas bot mereka tenggelam di laut dalam.
 
Katanya, tiga anak kapal berjaya diselamatkan dan sudah pulang ke Korea Utara.
 
Bot yang bermasalah itu dikesan semalam oleh jet Pasukan Pertahanan Diri Jepun yang melakukan rondaan di Laut Jepun (Laut Timur).
 
Pengawal pantai kemudian menggerakkan kapal dan pesawat peronda dan menjumpai bot nelayan kira-kira jam 3.40 petang (0640 GMT) semalam di perairan yang terletak 360 kilometer di barat laut Semenanjung Noto di Wilayah Ishikawa.
 
Difahamkan, lelaki yang diselamatkan adalah sebahagian daripada 15 anak kapal berkenaan. 


Tags : nelayan laut Korea Utara


Ruangan Komen