Array


 Dunia   

Argentina lancar misi kesan kapal selam hilang

pada 18-11-2017 11:11 

Post Pic

 
BUENOS AIRES: Pasukan Tentera Laut Argentina melancarkan misi mengesan sebuah kapal selam miliknya yang dilaporkan hilang bersama 44 kru di selatan Atlantik.
 
Jurucakap pasukan berkenaan, Enrique Balbi, berkata kapal selam dikenali sebagai San Juan itu sudah terputus hubungan selama 48 jam.
 
"Kami tidak berjaya mengesan atau menerima sebarang visual atau komunikasi radar kapal selam itu," katanya.
 
Kementerian Dalam Negeri menerusi satu kenyataan pula berkata, Amerika Syarikat (AS), Britan dan Chile telah menawarkan sokongan logistik dan pertukaran maklumat dalam misi itu.
 
Kapal selam elektrik diesel TR-1700 itu sedang dalam perjalanan pulang pangkalannya di Mar del Plata, kira-kira 400 kilometer dari selatan Buenos Aires selepas menyertai misi rutin ke Ushuaia, berhampiran kawasan paling selatan di Amerika Selatan.
 
Kali terakhir San Juan berkomunikasi bersama pihak tentera laut ialah pada pagi Rabu lalu, kata Balbi.
 
Kerajaan Argentina berkata, mereka telah melancarkan misi pencarian di laut dan udara, yang membabitkan penggunaan sebuah kapal perang 'destroyer' dan kapal perang 'corvettes'. 


Tags : Argentina kapal selam


Ruangan Komen