Array


 Dunia   

Mugabe didesak letak jawatan

pada 18-11-2017 12:11 

Post Pic

 
HARARE: Parti pimpinan Presiden Robert Mugabe, ZANU-PF, menggesa beliau meletak jawatan atau berhadapan tindakan dipecat.
 
Mugabe, pemerintah Zimbabwe sejak merdeka dari Britain pada 1980, berhadapan cabaran paling hebat selepas rampasan kuasa tentera Rabu lalu, menyasarkan penjenayah di sekeliling pemimpin itu.
 
Akhbar The Herald melaporkan, cawangan ZANU-PF di semua 10 wilayah mengadakan pertemuan dan mendesak pemimpin itu melepaskan jawatan.
 
Keadaan itu adalah bukti nyata kredibiliti dan kuasa pemimpin itu sudah jatuh, ekoran rampasan kuasa oleh tentera, Rabu lalu.
 
Malah, isteri Mugabe, Grace, yang bercita-cita mahu menggantikan suaminya juga didesak supaya meninggalkan parti itu.
 
Anggota kanan ZANU-PF terdahulu berkata, parti itu mahu pemimpin berkenaan meletak jawatan.
 
"Jika beliau berdegil, kami akan membuatkan beliau dipecat esok," katanya.
 
Laporan The Herald menyatakan, ZUNA-PF akan mengadakan perhimpunan khas Jawatankuasa Pusat, esok untuk menyusun semula parti revolusi dengan perkembangan politik terkini. 


Tags : Mugabe desak letak jawatan


Ruangan Komen