Array


 Nasional   

Jalan Medang Tanduk ditutup susulan tanah runtuh

pada 19-11-2017 10:11 

Post Pic

 
 
 
KUALA LUMPUR: Jalan Medang Tanduk, Bukit Bandaraya di sini terpaksa ditutup akibat tebing bukit runtuh tengah malam tadi.
 
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 11.40 malam dan mendapati tebing bukit yang berbatu telah runtuh sebaik tiba di tempat kejadian.
 
"Keadaan memang berbahaya kerana terdapat pergerakan batu yang jatuh dan memandangkan terdapat projek pembinaan kondominium di atas bukit berkenaan," katanya.
 
Bagaimanapun, tiada mangsa dan kemalangan jiwa dilaporkan.
 
Beliau berkata pihaknya telah menghubungi pihak yang berkaitan ke lokasi dengan segera berikutan terdapat kawasan perumahan di lokasi runtuhan.
 
Katanya agensi terlibat yang terdiri daripada Skuad Penyelamat, Unit Kecemasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia sedang memantau keadaan di lokasi kejadian.
 
 


Tags : Jalan Medang Tanduk


Ruangan Komen