Array


 Dunia   

Tiga mati, gas bocor kilang penapis minyak China

pada 20-11-2017 02:11 

Post Pic

 
BEIJING: Sekurang-kurangnya tiga pekerja mati dan enam yang lain cedera dalam kejadian gas bocor di kilang penapisan minyak PetroChina, di Dalian, lapor media tempatan.
 
Semua mangsa terkorban adalah kakitangan syarikat Henan Yanling Jingshun Petrochemical Machinery Equipment Co Ltd yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan di kilang West Pacific Petrochemical Corp (WEPEC), di utara wilayah Liaoning.
 
China News melaporkan, mereka dipercayai keracunan selepas terhidu hidrogen sulfida, sejenis gas yang sangat toksik terdapat dalam gas asli dan petroleum mentah.
 
Jurucakap PetroChina tidak dapat dihubungi untuk mengulas berhubung kemalangan itu.
 
Seorang pegawai WEPEC berkata, pengeluaran kilang itu sebanyak 200,000 tong sehari tidak terjejas disebabkan kemalangan itu.
 
Kerajaan negeri Dalian dilaporkan sedang menyiasat punca kejadian itu. 


Tags : mati gas bocor minyak China


Ruangan Komen