Array


 Dunia   

Rasuah: Speaker Parlimen Indonesia direman

pada 20-11-2017 02:11 

Post Pic

 
JAKARTA: Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto, direman agensi antirasuah selepas ditahan berhubung peranannya dalam kerugian AS$170 juta (RM706 juta) dialami negara itu yang dikaitkan dengan skim kad identiti elektronik.
 
Novanto, yang memakai ves jingga yang dipakai tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK), dipindahkan dari hospital malam semalam ke pusat tahanan KPK di ibu pejabatnya di Jakarta.
 
Beliau adalah antara ahli politik paling kanan Indonesia yang ditahan KPK.
 
Novanto ditangkap malam Jumaat lalu tetapi KPK berkata ia melewatkan penahanan bagi membolehkan suspek menerima rawatan kerana kecederaan akibat kemalangan kereta sehari sebelumnya.
 
Timbalan Ketua KPK, Laode Muhammad Syarif, berkata dalam video yang disiarkan laman Periscope rasmi agensi itu, kenyataan doktor menunjukkan Novanto tidak lagi perlu dirawat di hospital.
 
Oleh itu, piawaian dan prosedur penangguhan penahanan tidak diperlukan lagi.
 
Dalam kenyataan dibuat kepada wartawan malam semalam, Novanto berkata beliau masih mengalami vertigo akibat kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada kaki, lengan dan kepalanya.
 
"Saya tidak menjangka ini akan berlaku malam ini. Saya sangka akan diberi masa untuk pulih, tetapi saya mematuhi undang-undang," kata beliau dipetik sebagai berkata oleh Kumparan.com. 


Tags : Rasuah Speaker Parlimen Indonesia


Ruangan Komen