Array


 Nasional   

Saya tiada kena mengena kelewatan pendaftaran PH, kata Zahid

pada 20-11-2017 06:11 

Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak pernah campur tangan dalam urusan pendaftaran gabungan Pakatan Harapan (PH), ekoran sehingga kini masih gagal didaftarkan sebagai satu gabungan, tegas menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
 
Malah menurut Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, perkara berkenaan tertakluk sepenuhnya kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
 
"Biar pun RoS dibawah KDN tetapi saya tidak meletakkan tangan saya dalam mereka membuat cadangan untuk menerima atau sebaliknya terhadap permohonan Pakatan Harapan," kata Ahmad Zahid dalam sidang media di Parlimen hari ini.
 
Zahid berkata demikian mengulas pertemuan Pengerusi gabungan itu Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim pagi ini.
 
Pagi tadi, Kementerian Dalam Negeri mendakwa masalah yang dihadapi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP sebagai punca kelewatan mendaftarkan gabungan PH.
 
PPBM mungkin tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti, dan berdepan dengan kemungkinan pendaftarannya dibubarkan sekiranya masih gagal menyelesaikan masalah dalamannya dan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), yang kini sudah melepasi tempoh sepatutnya pada September lalu.
 
Sementara itu DAP pula dibelenggu masalah pemilihan ekoran RoS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kerana pertubuhan itu tidak mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan DAP pada 15 Disember 2012 dan pemilihan semula pada 29 September 2013.
 
DAP pada 12 November lalu mengadakan pemilihan semula CEC dengan dikendalikan badan audit bebas, Grant Thornton.
 
-na-


Tags : pendaftaran PH Zahid


Ruangan Komen