ISTIMEWA



 Nasional   

Salleh Man dilantik sebagai YDP MAIPP baru

pada 27-07-2012 05:07 

Post Pic

 

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri hari ini mengumumkan pelantikan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Mohd Salleh Man sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baharu.

 Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, kerajaan negeri menerima surat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 Julai lepas mengenai pelantikan Mohd Salleh itu.
 
"Pelantikan ini seperti yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bagi tempoh dua tahun iaitu daripada Januari 2012 sehingga 31 Disember 2013," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
 
Kerajaan negeri pakatan pembangkang itu sebelum ini dikatakan melakukan kesilapan teknikal dengan menghantar nama seorang anggota Exconya Datuk Abdul Malik Abul Kassim sebagai Yang Dipertua (YDP) majlis itu.
 
Pelantikan Abdul Malik itu mendapat bantahan Dewan Pemuda Pas kerana mendakwa ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjanjikan jawatan itu untuk pemimpin Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tiga tahun lepas.
 
Bagaimanapun, Salleh Man yang memenangi DUN berkenaan cuma dilantik sebagai Timbalan YDP MAIPP.

Ruangan Komen