ISTIMEWA



 Nasional   

Rafizi didakwa langgar Akta Bafia, mohon dibicarakan

pada 01-08-2012 09:08 

Post Pic

 

SHAH ALAM: Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dibebas sebentar tadi dengan ikat jamin berjumlah RM15,000.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin di kamarnya pagi ini selain menetapkan tarikh perbicaraan pada 10 September depan.

Pada awal pagi tadi polis menahan Rafizi dirumahnya atas dakwaan terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal Pusat Fidlot Negara (NFC).
 
Menulis di laman Twitter miliknya, beliau berkata, penahanan itu adalah di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA).
 
Katanya, dirinya akan didakwa pada jam 9 pagi ini di Mahkamah Shah Alam.
 
"Saya percaya saya sedang dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk didakwa," katanya.
 
Turut didakwa Johari Mohamad, bekas kerani Public Bank cawangan Jinjang yang dituduh membantu Rafizi mendedahkan transaksi akaun milik Pengarah NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.
 
Rafizi disiasat di bawah BAFIA kerana berhubung kes pencabulan undang-undang itu dengan mendedahkan butir-butir perbankan NFC dan pengarahnya.
 
Syarikat itu dikendalikan oleh suami dan anak-anak bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
 
Rafizi sebelum ini memberitahu beliau tidak gentar untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang ekoran tindakannya yang berterusan mendedahkan skandal NFC.

Malah Rafizi dalam temubual bersama Antarapos sebelum ini berkata beliau bersedia dipenjara sekiranya disabitkan salah di bawah akta BAFIA yang boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Ruangan Komen