Array


 Nasional   

2 PPS di Simpang Renggam ditutup

pada 21-01-2018 06:01 

Post Pic

 
KLUANG: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampung Chokro dan Kampung Shaari, di Simpang Renggam, dekat sini, ditutup jam 3 petang tadi selepas air banjir semakin surut.
 
Hanya satu PPS di Kampung Kolam Air yang masih dibuka sehingga kini, membabitkan 61 penduduk daripada 13 keluarga.
 
Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Kesihatan, Penerangan dan Pendidikan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata cuaca cerah sejak tengah hari tadi menyebabkan air banjir yang melimpah dari Sungai Chokro mulai surut.
 
"Bagaimanapun, pemantauan masih dijalankan berikutan bimbang jika cuaca hujan menyebabkan air sungai melimpah lagi, seterusnya membanjiri penempatan berhampiran sungai," katanya.
 
Malam tadi, seramai 348 penduduk di tiga kampung di Simpang Renggam, terpaksa dipindahkan apabila rumah mereka dinaiki air banjir berikutan hujan lebat lebih dua jam.
 
Tiga kampung terjejas banjir itu adalah Kampung Chokro, Kampung Shaari dan Kampung Kolam Air berikutan air Sungai Chokro dan Sungai Benut melimpah akibat hujan lebat.



Ruangan Komen