Array


 Dunia   

AS pertingkat pemeriksaan kargo udara

pada 23-01-2018 08:01 

Post Pic

 
WASHINGTON: Amerika Syarikat mengarahkan pemeriksaan lebih ketat ke atas kargo udara dari lima negara Asia Barat, ekoran cubaan pada Jun 2017 di Australia, untuk menjatuhkan pesawat, tanda militan terus menyasarkan penerbangan awam.
 
Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA), semalam berkata ia mengarahkan tujuh lapangan terbang di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyediakan data lanjutan mengenai kargo udara ke AS kepada Perlindungan Sempadan dan Kastam negara itu, bagi tujuan pemeriksaan sebelum kargo dimuatkan ke dalam pesawat.
 
Agensi berkenaan tidak menyatakan sebarang ancaman baru bagi langkah itu.
 
"Ancaman berterusan kepada penerbangan menggesa dunia meningkatkan asas kawalan keselamatan global.
 
"Negara berkenaan dipilih kerana menunjukkan niat kumpulan pengganas menyerang penerbangan," kata agensi berkenaan.
 
TSA juga merujuk kepada kejayaan pegawai keselamatan Australia menggagalkan plot tiga lelaki yang ada kaitan dengan Daesh Jun lalu, untuk menjatuhkan pesawat dengan peranti letupan.
 
"Kejadian di Australia yang berlaku musim panas lalu ialah peringatan jelas bagi TSA dan semua rakan penerbangan kami, untuk memasukkan pesawat kargo, bahawa kita perlu meneruskan usaha memastikan ruang udara selamat," kata TSA.



Ruangan Komen