ISTIMEWA



 Nasional   

Noh dedah isu kondominium Adun Sekinchan

pada 13-07-2012 05:07 

Post Pic

 

TANJONG KARANG: Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar Jumaat mendakwa berlaku penyelewengan dalam dua projek perumahan di Sekinchan di sini, termasuk melanggar dasar yang ditetapkan pihak berkuasa.

Beliau berkata projek pembinaan Kondominium Sekinchan Perdana di sini dibina tidak mengikut dasar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) yang menetapkan setiap pembinaan di atas 0.4 hektar tanah hanya boleh membabitkan 60 unit rumah.

"Malah mengikut dasar itu, rumah yang dibina tidak boleh melebihi 12 tingkat," katanya ketika membalas salah laku ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim bersabit isu rumah kondominium yang dibinanya.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Umno Selangor, mendakwa pembinaan kondominium itu membabitkan 94 unit rumah dengan ketinggian 18 tingkat jelas tidak mengikut dasar yang ditetapkan JPBD.

Beliau turut mempersoalkan penjualan 24 unit rumah di Pangsapuri Damai di Taman Sekinchan Damai yang sepatutnya diperuntukkan kepada Majlis Daerah Sabak Bernam tetapi dijual kepada sebuah syarikat swasta.


Ruangan Komen