Array


 Nasional   

Majlis Ulama Umno perlu campuri dasar parti - Abdullah

pada 26-07-2012 07:07 
Oleh Shuhaniza Said

Post Pic

 

SHAH ALAM: Majlis Ulama Umno harus diberi peluang mencampuri urusan dasar parti agar Umno dilihat lebih mesra keislaman, kata Presiden Ikatan Musimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman.

Malah menurut beliau majlis tersebut perlu dijadikan tempat rujukan utama dalam perkara membabitkan agenda parti, dan bukan hanya sebagai kumpulan pembaca doa.
 
Justeru Abdullah berkata, sejajar dengan kedudukan sebagai sebuah majlis agama, peranan majlis itu dalam memberikan pandangan dan teguran harus dihormati.
 
"Maksudnya Umno dalam konteks dasar parti, sama ada merujuk dahulu itu tertakluk kepada mekanisme yang boleh dibuatlah..tetapi (harus) dilihat menghormati dan mematuhi lunas-lunas agama dalam setiap tindak tanduk dia.
 
"Kalau tidak, sekiranya Umno menjadikan majlis ulama ini sekadar untuk membaca doa saja atau tak boleh sentuh mengenai dasar, politik dan sebagainya, jadi akhirnya orang akan melihat majlis itu terpencil, jadi pengalaman lama akan berulang dan imej Umno takkan jadi baik," katanya kepada Antarapos.
 
Menurutnya lagi, selain berperanan memberikan pandangan dan teguran berkaitan agama Islam, majlis tersebut juga menjadi justifikasi Islamik terhadap apa-apa program membabitkan Umno.
 
"Sebab kadang-kadang ada program yang Umno buat itu betul, tapi oleh kerana tiada ulama dalam Umno yang berani atau boleh memberikan pandangan dari segi segi syarak, jadi ia nampak seperti tak ada pandangan syarak dalam apa-apa agenda yang dibuat Umno.
       
"Jadi kalau dia boleh mainkan peranan itu baguslah," ujarnya.

Pengerusi Jawatankuasa Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mengutarakan cadangan penubuhan majlis tersebut berkata ianya mampu menarik lebih ramai lagi ulama untuk bersama parti.

Cadangan tersebut turut disokong oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berharap badan itu mampu memberi nasihat dan panduan pada parti, kelak..

Namun kata Khairy samada majlis tersebut akan bertindak sebagai sayap parti, ianya perlu diperhalusi terlebih dahulu.

Membandingkan majlis ulama itu dengan PAS, Abdullah menyifatkan cadangan penubuhan itu mampu memberikan wajah 'agama' kepada Umno selain menghilangkan budaya taksub kepada kumpulan agama.
 
"Kemudian keduanya, dia boleh berikan wajah agama kepada Umno. Kadang-kadang tak semua yang dibuat oleh PAS itu betul semua. Tapi kerana PAS terlalu dominan dari segi imej agamanya, jadi tak adalah orang yang boleh sanggah (counter) dalil atau hujah terhadap apa yang dilakukan PAS.
 
"Jadi berlaku jurang antara dua parti menyebabkan malah perpecahan atau pandangan yang fanatik antara satu pihak dengan pihak yang lain," kata beliau lagi.

Beliau tidak menolak majlis tersebut bakal berhadapan dengan cabaran, iaitu sejauhmana pandangan agama boleh mempengaruhi dasar-dasar parti.
 
"Cuma cabarannya dalam Umno itu sendirilah..Sejauhmana pandangan agama boleh pengaruhi dasar-dasar dalam Umno. Sejajar dengan kedudukannya sebagai majlis agama, sepatutnya diberi status yang orang boleh dengar cakap.

"Maknanya kalau ada apa yang nak dibuat Umno, kemudian tak benar atau tak bertetapatan dengan syarak..kemudian pandangan ulama itu dihormati, teguran didengar..maknanya ia beri imej yang amat baiklah.
 
"Oleh itu penubuhan majlis ini berkesan dengan tujuan yang saya sebutkan tadi, dengan syarat Umno benar-benar meletakkan majlis Ulama itu memainkan peranan yang dilihat memang boleh memainkan peranan," akhirinya.




Ruangan Komen