ISTIMEWA



 Nasional   

Kerajaan BN gagal lindungi pemberi maklumat, kata Rafizi

pada 02-08-2012 01:08 Ditulis Oleh Wartawan AntaraPos

Post Pic


PETALING JAYA: Setelah didakwa di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia) 1989 semalam, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini tampil mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dituduh gagal melindungi kepentingan pemberi maklumat.

Katanya, insiden penahanan beliau pagi semalam membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) jelas mengabaikan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang diperuntukkan, malah terus memburu golongan ini bertujuan mematikan percambahan budaya baru yang mengalakkan pemberi maklumat tampil kehadapan.

"Saya rasa kita bergerak ke arah bertentangan apabila berdepan dengan rakyat yang mahu ke hadapan.

"Saya merasakan lebih ramai yang mahu tampil tapi akan berdepan dengan risiko selepas insiden semalam. Tiada tempat untuk pemberi maklumat dalam pentadbiran Najib," katanya dalam sidang media.

Semalam Rafizi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan Pusat Fidlot Nasional (NFC) termasuk pengerusinya Datuk Mohd Salleh Ismail.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 97 Akta Bafia 1989 dan jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjara tiga tahun atau denda RM3 juta.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan kes pada 10 September.

Sehubungan dengan itu, PKR hari ini menubuhkan sebuah badan National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) dengan matlamat melindungi dan menjaga kebajikan pemberi maklumat melalui dana untuk menanggung kos guaman dan kos hilang sara diri sekiranya disabitkan sebarang dakwaan.

Menurut Rafizi, NOW juga berperanan mendedahkan skandal-skandal besar yang cuba dilindungi oleh mana-mana badan berkepentingan awam selain menggalakkan lebih ramai pemberi maklumat tampil ke hadapan.

"Melalui badan ini saya tidak perlu jumpa orang (pemberi maklumat) dibelakang lorong, bangunan atau dalam longkang.

"Patriotik sebenar bukan janji ditepati tetapi adalah orang yang tampil bila kerajaan mengambaikan kepentingan awam," tambahnya lagi.

Menyentuh isu cadangan kerajaan Selangor untuk membiayai kos guaman beliau, Rafizi berkata apa yang dimaksudkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah menggunakan peruntukan RM1 juta untuk "memerangi rasuah" yang disediakan kerajaan negeri.

"Maksud MB Khalid, ada peruntukan RM1 juta untuk perangi rasuah termasuk pemberi maklumat. Saya dan Johari layak untuk memohon. Harap kalau saya mohon dan akan dapat dana dari kerajaan Selangor," katanya kepada pemberita.

Sementara itu, pada sidang media yang sama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menjangkakan bahawa Rafizi akan disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Justeru katanya, pindaan harus dibuat di peringkat parlimen selain keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa parlimen sebagai reaksi terhadap perkara ini.

"Kita jangkakan Rafizi akan didakwa di bawah OSA sebab dokumen itu adalah rahsia.

"Jadi janji PR adalah untuk memansuhkan OSA dan ianya hanya melibatkan perkhidmatan yang ada kaitan dengan kepentingan rakyat.


Ruangan Komen