ISTIMEWA



 Nasional   

Akhirnya, anak bekas TPM sertai PAS

pada 12-08-2012 02:08 

Post Pic

 

SHAH ALAM: Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba, Datuk Tamrin akhirnya menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahlian malam tadi.

Ghafar menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak malam tadi.

Tamrin merupakan bekas Adun Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam selain bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.

Harakahdaily memetik Tamrin berkata, beliau tidak terburu-buru membuat keputusan meninggalkan Umno.

Sebaliknya beliau mula memikirkan tindakan tersebut selepas melihat Umno tergelincir daripada landasan membela rakyat.

"Saya tidak buat keputusan ini terburu-buru tapi sejak lama dah saya fikir. Umno terkeluar daripada landasan membela nasib rakyat sejak 90-an lagi.

"Pelbagai perkara dilakukan termasuk menghina ulama. Walaupun ketika itu saya masih dalam Umno tapi saya tak setuju mereka hina ulama," kata beliau.

Laporan itu menyebut Tamrin turut berjanji akan membantu PAS dengan bersungguh-sungguh untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Beliau turut mengakui pemimpin-pemimpin PAS tidak boleh dijual beli.

"Saya kenal Mat Sabu dan (Tuan Guru) Datuk (Seri) Abdul Hadi (Awang) dah lama.

"Mat Sabu tak pernah pun ajak saya masuk PAS tapi saya yang selalu suruh dia tinggalkan PAS," katanya.
 


Ruangan Komen