ISTIMEWA



 Nasional   

Hudud: PAS gesa Karpal tumpu agenda bersama

pada 13-08-2012 11:08 

Post Pic

KUALA LUMPUR: Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad mahu Pengerusi DAP, Karpal Singh menghormati dasar PAS dan menumpukan agenda yang dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

Khalid berkata demikian ketika melihat kemelut dalam Pakatan  yang makin ketara besabit hak PAS memperjuangkan dasar Islam melaksanakan undang-undang hudud.

Katanya, lebih baik ketiga-tiga parti memperjelaskan apa yang boleh ditawarkan kepada rakyat selain menonjolkan kejayaan yang dicapai di negeri pakatan daripada cuba mempertikaikan hak rakan yang lain.

"PAS ada dasar perjuangan sendiri, Karpal perlu menghormatiya kerana pakatan rakyat mengambil sikap bersetuju atas perkara yang berbeza," katanya, semalam.

Kontroversi PAS dan DAP mengenai isu negara Islam yang sudah berlanjutan terlalu lama semakin teruk apabila Karpal meminta bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberikan 'kuliah' kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Karpal dilaporkan berkata Salleh sepatutnya memberi penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata walaupun PAS menghormati pendirian Karpal dalam isu berkenaan, rakan sekutu parti itu tidak seharusnya bersikap 'mereka saja yang betul'.

Beliau menganggap kenyataan Karpal mengenai pembabitan Salleh dalam mengisytiharkan Malaysia negara sekular sebagai isu teknikal dan akademik yang tidak lagi relevan kerana Salleh antara individu yang bertanggungjawab menggubal enakmen hudud ketika memegang jawtaan Exco Terengganu.

"Terpulang kepada dia (Karpal) sama ada nak bersetuju atau tidak tetapi PAS tetap dengan pendirian untuk memperjuangkan dasar Islam. Bagi PAS tetap dengan pendirian untuk memperjuangkan dasar Islam. Bagi PAS, kami tidak hairan dia tidak bersetuju kerana lebih penting ialah polisi bersama," katanya.

 


Ruangan Komen