ISTIMEWA



 Nasional   

Khabar angin PRU tidak jejas tumpuan haji - Pensyarah

pada 22-09-2012 06:09 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

Post Pic


SHAH ALAM: Khabar angin Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam masa terdekat tidak akan mengganggu tumpuan jemaah haji untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, kata penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Menurut beliau, perasaan teruja jemaah ini bagi menunaikan ibadah lebih utama berbanding memikirkan soal duniawi mahupun politik.

"Tidak lah. Saya rasa orang pergi haji ni dia seronok. Kat Mekah, kat Madinah, dia tak fikir benda pilihan raya semua ni".

Menurutnya lagi, meskipun tanggungjawab membuang undi adalah kewajipan bagi setiap rakyat yang demokrasi, tetapi tanggungjawab dan tuntutan agama bagi seorang penganut agama Islam adalah lebih penting.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berpesan agar jemaah Malaysia tidak bimbang berkenaan tarikh PRU13, sebaliknya menumpukan perhatian terhadap amal ibadat agar dapat melaksanakan segala rukun dan syarat haji serta umrah dengan sempurna.

Maszlee yang juga pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata tumpuan serta fokus jemaah haji ini tidak akan terganggu setibanya di Tanah Suci lantaran suasana haji yang dirasai.

"Dia satu perasaan (lain) bila pergi haji ni. Dia dah pergi sana, dia dah tak fikir lain, fikir nak buat haji je. Satu perasaan (lain) bila pergi sana."


Ruangan Komen