ISTIMEWA



 Nasional   

Pakistan tawar AS$100,000 bunuh penerbit filem anti Islam

pada 23-09-2012 09:09 

Post Pic

ISLAMABAD: Pakistan menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM300,000) untuk membunuh penerbit filem 'Innocence of Muslims', yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan meragut hampir 60 nyawa setakat ini.

Ganjaran itu diumumkan semalam, sehari selepas kira-kira 20 orang terbunuh dan 200 lagi cedera dalam protes baru di negara itu.

"Sesiapa yang dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad SAW, akan diberi ganjaran dengan dolar oleh saya," kata Menteri Kereta Api, Ghulam Ahmed Bilour pada sidang media di Peshawar.

Peshawar salah satu bandar yang menyaksikan protes besar-besaran kelmarin.

Ganjaran tersebut menurut Ghulam adalah keputusan peribadi, tiada kaitan dengan parti atau kerajaan.

"Saya sendiri akan bertanggungjawab atas sebarang akibat jika dapat membunuh orang yang menghina Nabi Muhammad. Ia satu isu antara saya dan mereka," kata Ghulam yang merupakan anggota Parti Nasional Awami, komponen yang menyokong Parti Rakyat Pakistan, pimpinan Presiden negara itu, Asif Zardari.


Ruangan Komen