ISTIMEWA



 Nasional   

Kit Siang mahu SPRM siasat Taib

pada 23-09-2012 11:09 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

SHAH ALAM: Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan menerima penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud.   
 
Kit Siang menerusi blog Roketkini.com berkata, siasatan secara menyeluruh terhadap Taib dan keluarganya harus dijalankan secara meluas kerana mengamalkan 'korupsi besar' sepanjang 31 tahun menyandang jawatan sebagai Ketua Menteri di Bumi Kenyalang.
 
Beliau turut mendakwa Najib sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab apabila memberi respon 'tidak mahu melayan' persoalan bersabit pemilikan harta berbillion dolar Ketua Menteri tersebut. 
 
"Ini merupakan  respon yang paling mengecewakan dan juga tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri ke atas laporan terkini dan menggemparkan oleh Bruno Manser Fund.
 
"Di samping itu menyifatkan respon Najib ini merupakan mesej jelas yang ingin disampaikan secara tidak langsung kepada SPRM, menteri-menteri dan penyokong Barisan Nasional di Parlimen supaya tidak melayan dan menjalankan siasatan berhubung isu ini, kata Kit Siang.
 
Dalam pada itu, laporan BMF yang bertajuk 'The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia' telah dikeluarkan di Brussels turut mendedahkan bagaimana Taib Mahmud telah mengumpul kekayaan hampir AS$21 bilion yang terbahagi kepada 400 syarikat seluruh dunia.
 
Dalam laporan terbaru itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Switzerland telah menganggarkan aset keluarga Taib Mahmud bernilai berbilion dolar yang menjadikannya manusia terkaya di Malaysia.

Ruangan Komen