ISTIMEWA



 Nasional   

Azizan sedia lepas jawatan MB Kedah

pada 06-09-2012 08:09 

Post Pic

 

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyerahkan kepada PAS Pusat tentang keputusan sama ada beliau masih layak menerajui negeri Kedah lagi.

Namun tegasnya beliau masih mampu menerajui pentadbiran negeri, namun sedia akur pada arahan Pusat sekiranya khidmatnya tidak lagi diperlukan dan akan menyerahkan jawatannya kepada calon yang sesuai.

“Saya serahkan kedudukan saya kepada PAS Pusat, namun buat masa ini, saya masih mampu terajui Kedah. Jika saya tidak lagi layak, saya akan serah jawatan ini pada orang lain,” katanya yang kini dikaitkan dengan masalah kesihatan memetik Sinar Harian.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, kedudukannya ditentukan oleh ahli PAS dan Pusat, bukannya hak mutlak dirinya.

“Prinsip saya mudah, itu bukan hak saya, hak ahli PAS,” katanya.

Mengulas sama ada beliau akan mempertahan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada Pilihan Raya Umum akan datang, Azizan berkata, perkara itu juga diserahkan kepada kebijaksanaan Pusat.

“Saya akan pertahan Dun Sungai Limau selagi mampu, jika bukan saya pertahan, ahli-ahli PAS lain akan pertahankan,” katanya, bersemangat.

Azizan juga menyerahkan kepada Pusat untuk menentukan sama ada beliau masih kekal sebagai calon PRU13 di DUN Sungai Limau.

“Saya ikut arahan Pusat, sama ada saya masih layak bertanding pada PRU akan datang atau sebaliknya. Yang penting sekarang saya sudah sihat dan mampu teruskan kerja seperti biasa,” katanya.


Ruangan Komen