ISTIMEWA



 Nasional   

Zed Zaidi hina agama Allah Taala - Abby Abadi

pada 14-09-2012 05:09 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

 

SHAH ALAM: Pelakon Abby Abadi menempelak kenyataan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi yang mendakwa segelintir artis dibayar oleh parti politik tertentu untuk menghasut rakyat membenci kerajaan yang memerintah.

"Zed kata kami sekadar dibayar dan tidak tahu apa yang diperjuangkan, pada saya itu satu penghinaan untuk agama Allah.

"Jangan gunakan kuasa yang ada untuk mengeluarkan kenyataan membuta tuli macam tu," kata beliau melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada Antarapos.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, artis-artis berkenaan yang hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik akan diberi imbuhan yang nilainya didakwa melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni.

Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalihkan perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

Abby kemudian menjelaskan bahawa keputusan untuk menyertai kempen parti politik dilakukan dengan ikhlas.

"Pada saya, setiap manusia telah ditentukan rezeki masing-masing, kena percaya rezeki dari Allah.

"Kalau nak petikaikan, pertikaikan dengan Allah. Apa pun saya lakukan sekarang sangat ikhlas kerana saya sayangkan agama. Sedikit, banyak atau langsung tidak dapat apa-apa, biar saya dan Allah sahaja yang tahu," tambahnya lagi.


Ruangan Komen