ISTIMEWA



 Nasional   

Sejak PKR lahir PAS setuju Anwar jadi PM

pada 23-11-2012 05:11 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand

Post Pic

 

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail hanya menganggap desakan agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri sebagai hanyalah suara hati ahli akar umbi PAS semata-mata.
 
Malah katanya, desakan itu langsung tidak mengubah ketetapan yang disepakati Pakatan Rakyat sebelum ini bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diangkat menjawat jawatan itu.
 
"Hal itu tidak berbangkit sama sekali jika ikuti perbahasan Dewan Ulama, (ia) bukannya faktor penolak. Itu lebih didorong oleh satu keadaaannya berdasarkan suasana muktamar (dalam) parti politik untuk mendapatkan kuasa memerintah.
 
"Jadi munasabahlah pandangan sesetengah perwakilan, apabila diberi peluang, (serta) amanah, (untuk) berkuasa, mereka mahukan pemimpin dari parti mereka. Jadi hal itu disuarakan melalui saluran parti iaitu muktamar tahunan parti."
 
Sebelum ini Muktamar PAS dikejutkan dengan usul dari Dewan Ulama apabila mahu Presidennya diangkat menjadi Perdana Menteri. Hairun Nizam semasa berucap dihadapan lebih 1000 perwakilan berkata Hadi adalah individu yang paling layak untuk menjadi Perdana Menteri bagi sebuah negara Islam yang akan dibentuk PAS kelak.
 
Beliau juga menggesa ahli PAS agar berkempen untuk Hadi menjadi Perdana Menteri dan bukannya menyokong pemimpin dari parti lain untuk menjawat jawatan itu.
 
Saifuddin berkata sejak dari awal kelahiran PKR, kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri sudah dipersetujui PAS dan juga DAP.
 
"Ianya sudah pun bermula (sejak) parti keadilan lahir. Kedudukan Datuk Seri Anwar itu pernah diputuskan pada waktu PAS, PKR, DAP dan Parti Rakyat (PRSM) bergabung di bawah pakatan politik, iaitu barisan alternatif. Sudah pun ada ketetapan pada waktu itu diperingkat kepimpinan PAS sendiri, (untuk) meletakkan Datuk Seri Anwar sebagai calon PM.
 
"Persoalan itu tidak timbul sama sekali," kata beliau selepas menjadi panel jemputan program Diskusi Meja Bulat yang membincangkan topik "Calon Satu Kerusi: Buruk Baiknya" terbitan Antarapos.

Ruangan Komen