ISTIMEWA



 Nasional   

Pemilihan DAP : Semua calon Melayu tewas

pada 15-12-2012 08:12 

Post Pic

GEORGETOWN: Agenda Melayu DAP mendapat tamparan hebat apabila kesemua lapan calon Melayu tewas pada pemilihan parti itu untuk merebut 20 kerusi Jawatankuasa Eksekutif  Pusat (CEC) yang merupakan badan tertinggi parti itu.

Antara yang tewas adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari yang hanya memperolehi 305 undi. Turut kalah adalah Senator Ariffin  S.M. Omar yang mendapat 348 undi.
 
Satu-satunya ahli dalam (CEC), Ahmad Ton tewas kali ini apabila hanya mampu  meraih 347 undi.
 
Calon lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi), Solaiman Op Syed Ibrahim (98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi) dan Roseli Abdul Gani (39 undi).     
 
Selain itu, turut kalah adalah Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy dan Exco Kerajaan Selangor Ronnie Liu.
 
Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu 1,607, diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh meraih 1,411.
 
Anak sulung Karpal, Gobind Singh turut di lantik semula ke jawatakuasa pusat itu namun seorang lagi anak tokoh veteran itu, Jagdeep, tewas.
 
Seramai 68 calon bertanding untuk 20 jawatan itu. Mereka yang menang malam ini akan memilih daripada kalangan diri untuk mengisi jawatan-jawatan utama seperti Setiausaha Agung dan Pengerusi parti.  
 
Keputusan kali ini memberi impak kepada  ura-ura DAP mahu melebarkan parti itu kepada orang Melayu.
 
Ketika merasmikan kongres DAP pagi tadi, Guan Eng melahirkan hasrat untuk membangunkan DAP sebagai pilihan orang Melayu yang menurut beliau semakin berminat menyertai parti itu.
 
Apa yang jelas ialah perwakilan DAP yang rata-rata kaum Cina menolak calon Melayu untuk menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti itu.
 
Kekalahan beberapa calon hari ini juga dijangka menjejaskan peluang mereka untuk dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang.
 
Selain Ronie (Adun Pandamaran) dan Ngeh (Ahli Parlimen Beruas), Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) turut tewas adalah Adun Kota Raja, M.Manoharan dan Jee Ooi (Ahli Parlimen Jelutong).    
 
Berikut adalah senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16.
 
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jen
5. Anthony Loke Siew Fook
6. Vincent Wu Him Ven
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua Kiam Wee
10. Datuk Teng Chang Kim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M. Kula
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok Suh Sim
19. Teo Nie Ching
20. Ngeh Koo Ham 

Ruangan Komen