ISTIMEWA



 Nasional   

Isu salun: PAS sanggup buat apa saja - Alwi

pada 13-12-2012 02:12 Ditulis Oleh Shawaliah Hadir

Post Pic

SHAH ALAM: PAS semakin jelas sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengorbankan prinsip yang dipaut berpuluh tahun lamanya, semata-mata mahu meraih undi bukan Islam dan memastikan kerjasama politik dengan sekutunya, DAP, berjalan lancar, kata Ketua Pembangkang DUN Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad.

Terbaru katanya, PAS 'mengalah' dan sanggup menangguhkan serta merta penguatkuasaan semua syarat lesen kedai gunting rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melibatkan masyarakat bukan Islam.
 
Ini bermaksud, penggunting rambut wanita bukan Islam boleh menggunting rambut pelanggan lelaki (bukan Islam) yang bukan muhrim dengannya.
 
"Itulah PAS, dia (PAS) buat apa sahaja asalkan dapat undi. Hukum, peraturan, undang-undang tidak penting," katanya ketika dihubungi Antarapos
 
Exco Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini menjelaskan Kelantan telah menggunapakai undang-undang PBT itu, selama 21 tahun, sejak tahun 1991 lagi. Namun setelah digertak DAP, PAS tanpa hujah-hujah bernas secara mendadak menangguhkan penguatkuasaan undang-undang itu.
 
"Beria-ia membuat undang-undang tetapi dalam masa dua hari boleh pinda undang-undang itu. 20 tahun dah PAS buat undang-undang itu tetapi boleh ada yang menentang dalam masa dua hari dibatalkan," ujar Alwi
 
Takiyuddin juga dipetik sebagai berkata undang-undang PBT itu tidak akan dipinda demi menjaga moral penganut semua agama, Islam dan bukan Islam di Kelantan.
 
Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan bahawa kerajaan negeri Kelantan bersetuju menimbangkan semula undang-undang kecil tersebut.
 
Kemelut undang-undang PBT ini mula menarik perhatian masyarakat negara ini apabila seorang pengusaha kedai gunting mendedahkan dia telah beratus kali di saman MPKK-BRI kerana pekerja wanitanya (bukan Islam) memotong rambut pelanggan lelaki (bukan Islam).

Ruangan Komen